1.
Pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal.
Tubuh badan
menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk membina tubuh badan yang
kuat daripada keperluan fizikal manusia. Keupayaan fizikal yang ketara ini
menjadikan seseorang manusia itu boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik
dan sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang menjadikan fizikal manusia itu lebih
baik berbanding manusia lain yang kurang menjaga aspek pemakanannya.
2.
Memberikan vitamin yang cukup kepada badan.
Keperluan
vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih tahan untuk
menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah untuk jatuh sakit.
Kesihatan manusia dikatakan perkara yang paling penting dalam kehidupan
seseorang itu. Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang akan
mempunyai kesihatan yang sihat sejahtera sahaja.
3. Mampu
mengawal kadar obesiti.
Salah satu
aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia perlulah mengambil makanan
dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan oleh badan.
Pengawalan pemakanan sebegi menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk
dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti
senaman yang mampu menyihatkan badan pula. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika
seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya.
4.
Perkembangan mental seseorang itu tidak terganggu.
Kekurangan zat
makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu tidak cukup cerdas
atau mudah letih apabila cuba menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami dalam
kehidupan seseorang itu. Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir
untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif berbanding dengan individu
yang seimbang aspek pemakanannya. Jadi, pemakanan seimbang menjadikan aspek
mental manusia lebih stabil dan berdaya tahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan