Jumaat, 24 Mei 2013

Puisi Cinta Sejati

Jika malam semakin kelam,,,

hati ini tertikam kehidupan,,

jika usai bayang mu mengusik kalbu ,,,

maka tidak salah bukan,,,

jika kubisikan perlahan bahwa,,,,

Aku Cinta Padamu,,,,

Cara2 Ingin Tahu Sama Ada Si Dia Suka Pada Kita


Untuk mengetahui seseorang perempuan itu menyintai lelaki amatlah banyak kerana ianya terpulang kepada individu itu sendiri. Jadi disini saya akan memberikan dahulu 11 langkah sebelum saya mengulas lebih panjang dalam entri yang seterusnya.

1. Dia sering membuat 'eye contact' dengan anda kemudian tersenyum. Jika hanya sekali kemungkinan besar mungkin kerana terdapat tahi mata di muka anda. Namun, jika sering kali dia memberikan senyuman kepada anda, itu bermakna dia merasakan anda seseorang yang menarik dan ingin menceriakan hidup anda dengan senyuman dia.


2. Dia akan cuba mencari cara untuk berborak dengan anda. Dengan cara meminjam alat tulis, bertanyakan soalan ataupun bertanya khabar,  sudah cukup bagi dia merasakan kemesraan itu.

3. Ketika dia berborak dengan anda, dia akan nampak gelisah dan resah. Dia akan lebih cenderung bermain-main dengan rambutnya mahupun dengan jarinya kemudian akan kelihatan malu-malu sehinggakan mukanya menjadi merah (blushing). Namun bagi sesetengah perempuan, anda akan nampak dia memberikan perhatian 100% ketika anda bercakap.

4. Dia lebih cenderung untuk melakukan sentuhan terhadap anda seperti menepuk bahu anda, menyentuh tangan anda atau mungkin juga mencubit anda dan bukannya 'body contact' dalam permainan rugbi. Paling tidak pun, si dia akan cuba berada rapat dengan anda.

5. Apabila ditanya sama ada dia suka siapa, dia akan kata, "adalah..." sambil memberikan senyuman. Adakalanya juga dia akan buat anda cemburu dengan mengatakan dia sukakan seseorang yang popular di tempat anda belajar atau bekerja hanya untuk melihat reaksi anda. 

6. Dia juga akan bertanya siapa yang anda suka dengan perasaan ingin tahu. Kemudian si dia akan mula mengkritik gadis itu sikit demi sedikit kerana perasaan cemburu terhadap gadis tersebut. Bagi sesetengah perempuan, mereka akan memuji perempuan tersebut sambil memberikan senyuman palsu semata-mata untuk menutup rasa cemburu.

7. Ketika anda dan dia keluar bersama kawan-kawan, dia akan lebih cenderung berjalan di sebelah anda sama ada anda sedar atau tidak.

8. Si dia akan mengharapkan anda untuk mengajaknya keluar dengan mengulang perkataan "bosannye....."  atau mungkin bertanya tentang filem terbaru di pawagam. Jika si dia agak terdesak untuk mengajak anda keluar, dia akan menggunakan perkataan "saya belanja".

9. Dia tahu mengenai hal peribadi anda. Dia tahu tentang keluarga anda, apa yang anda suka, apa dan anda tidak suka malahan mungkin juga dia tahu perangai anda sendiri yang anda tidak tahu. Dia akan selalu melawat profile anda di facebook. Dalam kata lain, dia ialah seorang 'stalker'!

10. Apabila anda telah mula mendengar cerita daripada kawan-kawannya bahawa dia sering bercerita tentang anda, sehinggakan membuat kawan dia loya, itu bermakna dia amat-amat memuja anda. 

11. Dia akan cuba untuk sentiasa bersama anda. Dia akan cuba menjadi yang terbaik untuk anda. Menjadi peneman ketika anda susah mahupun senang. Dia akan cuba untuk menelefon anda atau sekurang-kurangnya sms anda. Jika dia tidak berbuat sedemikian untuk satu hari, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena padanya.

Wanita Oh Wanita


Wanita sukar difahami. Itulah yang sering kita dengar dan baca. Sikapnya yang ego, malu-malu, malu tapi mahu membuatkan kita kurang yakin apakah dia benar-benar mahukan kita atau hanya sekadar bergurau sahaja. Hendak ditanya, pasti dia tidak akan mengaku begitu sahaja.
Namun, karekter wanita terhadap insan yang dia suka akan tampak berbeza. Cara layanan dia terhadap ibu bapa, kawan-kawan dan insan istimewa adalah berbeza sekali. Ingin tahu bagaimana cara dia melayan orang yang dia suka? Jom teruskan membaca artikel ini
  • Apabila anda berada dekat dengan dia, dia selalu bermain dengan rambutnya atau jika dia bertudung, dia akan betul – betulkan tudungnya
  • Dia sentiasa memandang anda dan anda juga selalu bertentang mata dengan dia secara sengaja atau tidak sengaja. Kadangkala wanita memang suka melihat lelaki yang selalu melihatnya. Jadi, anda ambil masa beberapa hari untuk tidak melihatnya. Di samping itu, anda intai sama ada dia memandang anda atau tidak. Jika ya, dia pasti minat pada anda
  • Apabila anda bertentang mata dengan dia, dia tiba – tiba memandang tempat lain tetapi riak mukanya seperti gementar atau malu – malu. Dia gementar kerana dia suka pada anda
  • Dia selalu ketawa apabila anda menceritakan perkara lawak
  • Dia selalu mengetapkan bibirnya ketika bersembang dengan anda
  • Apabila ada orang cuba menjodohkan anda berdua, dia akan menentang habis–habisan. Dia sebenarnya suka pada anda tetapi dia malu. Jika dia tidak suka, dia akan relaks sahaja kerana dia tahu lambat laun, gosip tersebut akan hilang
  • Dia cuba menunjukkan pada anda bahawa dia sangat bertanggungjawab dan boleh diharapkan
  • Dia tanya pada anda sama ada anda sudah ada teman atau tidak
  • Dia mula membawa anda dalam dunianya seperti mengenalkan anda pada kawan–kawannya dan dia mula mengajak anda keluar
  • Dia sentiasa mendengar nasihat yang anda beri dan tidak malu untuk mengadu pada anda
Tidak perlu berasa ragu-ragu. Sekiranya ada wanita yang menunjukkan sikap begini terhadap anda, dia sebenarnya meminati anda. Seberapa ramai? Anda sahaja yang tahu.

Tips Kekalkan Hubungan Cinta

Kata orang untuk mempertahankan hubungan cinta jauh lebih sukar  daripada mencari pasangan kekasih.Setelah mengharungi semua halangan dan dugaan, sudah pasti anda inginkan hubungan yang berterusan.

  Tip 1: Tiga kata ajaib.
Mungkin ini adalah kata2 yang boleh diucapkan selamlamanya.Sebaiknya,anda tidak perlu menanti si dia mengucapkan perkataan 'I LOVE YOU'. Ini kerana anda sendiri sudah mendengar luahan cintanya melalui sikap dan tingkah lakunya.

 Tip 2: Hayati hubungan anda
Walaupun si dia sudah lama berada dalam genggaman tangan, anda masih perlu menghayati hubungan cinta ini sehinggalah anda dan pasangan benar2 serasi dan selamat.

 Tip3: Teruskan kehidupan normal
Jika sebelum anda bersama si dia, anda begitu aktif melakukan aktiviti luar misalnya bersukan, maka teruskan aktiviti riadah itu.Perlu diingatkan, anda tidak perlu mengubah gaya hidup normal sematamata kerana cinta si dia

Tip4: Jangan terlalu romantis
Romantis adalah satu perkara yang indah dalam perhubungan.Ia adalah ramuan yang penting untuk mengekalkan perhubungan.Jadi, tidak perlu dilakukan sepanjang hari.

Tip5: Komunikasi secara terbuka.
Komunikasi adalah penting dalam membina kebahagiaan dalam hubungan intim.Apabila cinta anda berdua sudah memasuki tahap hubungan yg stabil, ia bererti sudah tiba masanya untuk anda berkomunikasi secara dua hala tentang hal peribadi masing2
       Bangkitkan situasi luar biasa agar si dia mengenali diri anda secara luaran dan dalaman.Begitu juga anda,cuba fahami keinginan dan peribadi pasangan

Tip6: Jangan kelam kabut
Jika naluri si dia bersikap ramah mesra dan mudah bergaul dengan masyarakat sekeliling, anda tidak perlu kelam kabut, panik dan bersifat kebudak-budakan. Ingat, hati si dia tetap milik anda.

Tip7: Peka perkara sensitif
Pertimbangkan dahulu masalah jika anda ingin menyelesaikan perkara2 yang sensitif.Ingat situasi semasa, keadaan sekeliling dan kenali hatinya. Anda pasti tidak ingin membuatkan si dia berasa malu terutama di depan orang tuanya.

Tip8: Biarkan hubungan melewati dugaan dan cabaran
Perkara ini akan membuatkan hubungan anda tidak membosankan. Pelbagai cabaran hidup juga boleh dijadikan kayu pengukur untuk menguji hubungan anda.Perhatikan sikap si dia ketika berhadapan dengan masalah.
        Penting, cuba kawal tekanan perasaan anda agar diri tetap tenang walau apa perkara sekalipun.


Semoga Berkekalan. :)

Cara2 Melupakan Kekasih


Sibukkan diri dengan aktiviti berfaedah
Anda boleh melupakan kenangan-kenangan lama dengan si dia dengan menyibukkan diri anda dengan pelbagai aktiviti . Bersedialah untuk berkorban demi kejayaan . Bersedialah untuk melaksanakan tugasan dan tanggungjawab baru . Kesibukan akan menyebabkan anda perlahan-lahan dapat melupakan kenangan lalu .

Elakkan diri daripada bersendirian
Perasaan sayang yang mendalam dan keterlaluan mungkin sukar untuk dibuang dalam masa yang singkat . Untuk itu , elakkan diri anda daripada bersendirian . Carilah orang untuk berbicara dan suatu masa nanti anda akan menemui nilai-nilai tertentu dalam diri orang-orang yang bertemu dengan anda . Dan nilai-nilai itu akan mengubati luka akibat kesan kekecewaan , sakit hati yang telah diperkuatkan oleh kasih sayang anda terhadap orang yang ingin anda lupai .

Elakkan persoalan yang berkaitan orang yang ingin dilupai
Ada sesetengah orang , apabila kecewa dengan seseorang , dia akan pergi menjauhkan diri daripada orang ramai atau daripada kawan-kawan . Dalam sesetengah kes , ini mungkin berkesan sekiranya tujuan dia untuk mengelakkan daripada dikaitkan dengan soalan-soalan berkaitan dengan orang yang ingin dilupai .

Pulangkan atau buang segala barangan yang mengandungi nilai perasaan
Kadangkala anda melupakan seseorang bukan kerana anda benci lantaran perasaan kecewa anda terhadap seseorang itu , tetapi kerana masih ada nilai perasaan dalam kenangan tertentu yang ingin anda lupakan . Nilai-nilai inilah yang menjana perasaan sedih dan murung dalam hidup anda . Sesetengah orang mengambil langkah pantas dengan memadamkan semua benda yang boleh mengembalikan ingatan atau kenangan terhadap orang yang ingin dilupai . Cenderamata , hadiah , surat atau foto dibuang atau dibakar . Perasaan berat hati dilawan dan ditentang demi kebahagiaan pada kemudian hari .

Perundingan terhormat
Salah satu cara lain ialah menerusi perundingan . Namun perundingan ini perlu mempunyai objektif tertentu supaya kita tidak berasa sakit hati . Kita harus memiliki keazaman yang kuat untuk melupakan dia sebelum perundingan dan selepas perundingan dibuat . Perundingan ini mungkin mengubah rasa untuk bercinta kepada perhubungan biasa atau kawan . Dalam keadaan ini , perasaan saling menghormati akan turut membantu menawarkan perasaan kecewa atau sakit hati kita terhadap seseorang . Bagaimana pula dalam kes cinta bertepuk sebelah tangan . Atau kita ingin berkawan atau mendekati seseorang tetapi ditolak bulat-bulat oleh orang tersebut tanpa perundingan . Setiap kali kita mahu mendekatinya , maka setiap kali itu juga dia cuba mengelakkan diri atau menjauhi diri daripada kita . Ya , ini juga soalan terbaru yang saya terima . Kepada anda yang bertanya , maka saya cadangkan anda mengikut langkah terawal yang saya sebutkan tadi . Perundingan mungkin sukar dilakukan , maka anda tidak mempunyai pilihan lain selain menghormati kehendak si dia dan meneruskan kehidupan baru anda .

Mulakan kehidupan baru , lupakan titik kepiluan lalu
Bagaimana sekiranya anda rasa ada sesuatu yang perlu anda beritahu kepada dia . Salah faham tertentu , fitnah dan sebagainya ? Kadangkala tidak semua keadaan memihak kepada kita . Cara terbaik ialah memulakan kehidupan baru tanpa si dia . Sebarang penganiayaan yang berlaku ke atas diri kita biarlah ditetapkan dengan kasih sayang dan keadilan Tuhan. Tidak semua perkara boleh diselesaikan dengan mudah di dunia ini . Apa pun teruskan kehidupan baru . Tanam azam dan matlamat . Carilah tujuan asal kehidupan kita . Apabila kita menemui tujuan sebenar kehidupan kita di muka bumi , maka bukan sahaja perasaan sakit hati atau kecewa terhadap orang yang ingin kita lupai akan hilang , malah masalah-masalah berkaitan perasaan yang lain juga mungkin akan sembuh secara semula jadi .

Wujudkan matlamat akhirat
Inilah keajaiban yang ada di muka bumi . Semakin kita cuba berusaha memperbaiki diri dan mencari keredhaan Allah , maka semakin luka di dalam jiwa kita akan sembuh . Semakin cerah sinar kebahagiaan dan harapan terhadap diri kita . Cinta , perasaan dan hubungan sesama manusia mungkin topik yang menarik untuk dibicarakan sehingga dijadikan ilham untuk menulis lirik lagu , novel dan skrip drama kerana ia merupakan perkara lumrah dalam kehidupan manusia . Namun , apabila kita menemui tujuan asal kita wujud di muka bumi ini , maka , perasaan kebahagiaan akan mula melindungi jiwa kita . Tetapkan satu matlamat berupa ganjaran akhirat, maka kita akan kebal daripada sebarang kekecewaan , kekesalan dan dendam dunia .

Menjadi kekasih Allah
Ini adalah satu langkah yang terbaik untuk mengubati jiwa sebagai seorang hamba . Menerusi langkah ini , kita belajar dan cuba mengenali sifat-sifat Allah . Kita mendekati diri kita kepada Allah . Menghayati kekuasaan dan nikmat yang telah diberikan kepada diri kita . Jangan bersedih , setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya . Kita pasrah dan menyerah diri kepada Allah . Dalam catatan sejarah berkaitan dengan para sahabat , wali dan sufi , terdapat kisah beberapa wali atau kekasih Allah yang sangat-sangat mencintai Allah sehingga tidak ada kasih sayang manusia berupa cinta atau kemewahan atau apa-apa sahaja nikmat dunia yang mampu menandingi perasaan cintanya kepada Allah . Mereka yang mempunyai perasaan cinta sejati kepada Allah ini , hatinya sentiasa tenang dan bahagia . Jika mereka bersedih , maka mereka bersedih kerana dosa mereka terhadap Allah , dan jika mereka menangis , juga kerana Allah , tidur kerana Allah , makan kerana Allah , berbicara kerana Allah , mandi kerana Allah , berjalan kerana Allah dan segala-galanya kerana Allah . Manusia seperti ini mengabaikan kemewahan dan kegemilangan dunia demi mencari keredhaan Allah .

Tips Bercinta Jarak Jauh


  Manfaatkan masa yang ada
-Manfaat kan masa yang ada apabila sesekali bertemu. Gunakan waktu itu dengan melakukan aktiviti bersama agar ia dapat dijadikan kenangan indah untuk dikenang apabila berjauhan kelak.

  Kreatif
-Anda perlua kreatif dalam mempelbagaikan aktiviti kasih sayang anda. Tidak hanya dengan bertemu dapat melahirkan rasa sayang. Gunakan medium yang ada untuk meneruskan perhubungan kalian dengan penuh variasi. Walau pun tidak dapat bertemu kamu boleh sesekali emailkan kata-kata indah kepada dirinya, sms sentiasa bertanyakan aktiviti hariannya , boleh whatsapp, webcam jika gunakan skype dan pelbagai kaedah lain lagi yang boleh digukana sebagai medium untuk menghubungkan kalian. Jangan jadikan faktor jarak sebagai penamat kepada hubungan yang sudah terjalin.

  Saling percaya
-Kalian perlulah saling mempercayai antara satu sama lain. Jangan sesekali berfikir disebabkan jauh si dia pasti akan mencurangi kalian.  Berburuk sangka atau mengandaikan sesuatu yang tidak pasti hanya akan meruntuhkan hubungan kalian

  Limitkan masa bertengkar.

-Jika berlaku salah faham segeralah selesaikan. Sukar untuk menyelesaikan permasalahan dengan jarak yang jauh, dengan itu janganlah panjang-panjangkan masalah yang remeh sehingga ia menjadi masalah yang besar dan sukar untuk ditangani.
Jika merajuk tak usahlah lama-lama kerana ia akan merosakkan keadaan dan tidak mendatangkan keindahan dalam hubungan kalian. Ciptalah kenangan indah dalam hubungan kalian walau jarak yang ada sangat jauh. Keindahan hubungan tidak bersyarat kepada faktor jarak sesuatu hubungan.

  Setia

-Jika kamu mengharapkan dia jujur di kejauhan itu maka kamu juga perlu jujur terhadapnya. Jaga kelakuan dan batas pergaulan agar tidak menerbitkan salah faham antara kamu dan dia. Andai kata diri sudah mula diragui kesetiaan pastinya sukar untuk kita raih kepercayaan darinya lagi. Kepercayaan pasangan tidak mampu dijual beli lebih-lebih lagi kepercayaan dari insan tersayang…
Moga beberapa tips yang Kasih Suci kongsikan tadi mampu memberi sedikit maklumat kepada kalian yang mengalami masalah atau pengalaman hubungan jarak jauh ini.


Harap tips ini membantu :]

Tips Tangani Kecewa Dalam Percintaan




Percintaan adalah satu bercaturan hidup. Jika kita antara insan yang berjaya kita akan berjaya dan bahagia. Jika kita gagal kita akan kecewa dan merana. Rasanya bukan semua berjaya dalam percintaan mereka. Ramai yang perlu melalui kekecewaan beberapa kali dalam bercinta sebelum dapat bahagia bersama insan tercinta.
Beberapa tips buat anda yang sedang kecewa untuk bangkit semula.

Jangan berdendam
   -Jangan berdendam pada si dia. Lepaskan dia pergi dengan seikhlasanya supaya hati kamu tenang dan 
     tak  sakit.

 Bertenang
    -Doa banyak-banyak dan mengadulah kepada Allah agar diberi petunjuk dan ketenangan menghadapi ujian dariNya ini.

 Buang Kenangan
-Buanglah barang-barang pemberiannya kerana jika kerap dipandang akan lebih menyakitkan hati dan lebih buat dirimu merana.

 Mulakan Hidup Baru
-Buka lembaran baru. Buka buku baru dan cipta sejarah baru. Tinggalkan kenangan lama dan menyakitkan dan percaya  bahawa Allah akan memberi jodoh yang baik sesuai dengan dirimu.


Dia Bukan Yang Terbaik
-Dia sangat baik dan kamu sayaangkan dia. Tapi dia bukan terbaik untuk kamu. Jika dia terbaik pasti dia tak akan tinggalkan kamu. Pasti dia tidak curang dan pasti dia tidak mencipta 1001 alasan untuk menjauh darimu.

 Perbaiki Kelemahan
-Kadangkala perpisahan adalah satu ujian yang Allah beri untuk kita kaji semula kelemahan yang ada pada diri   kita. Mungkin dulu kita banyak sangat kelemahan dan itulah penyebab dia menjauh. Belum terlambat untuk berubah menjadi yang lebih baik…siap tahu si dia kembali kepada kita lagi?

  Doakan Dia
-Doakan kebahagiaan dia. Jangan dengki atau mencipta angkara untuk merosakkan cinta baru dia dengan insan baru. Perkara yang lepas jangan dikenang

 Mendongak Ke Langit
-Gongaklah ke langit dan lihat lah dunia ini sangat luas. Jangan dengan sedikit luka dan duka sudah membuat kita mengurung diri dan tenggelam dalam kecewa. Allah beri kita harapan dan peluang untuk terus merasa bahagia di hari mendatang.

Tips Cinta Sejati



-Jangan sesekali melafaskan kata cinta jika kita belum yakin bahawa kita benar-benar sayang dan cintakan dia.

-Jika merasakan dialah insan yang kita tunggu dari dulu berjuanglah sehabis baik mengejar cintanya. Tunjukkan keikhlasan kamu.

-Jangan sesekali menyakiti hati insan yang kita cintai, insyaAllah kamu akan mendapat balasan yang begitu juga darinya

-Jangan memaksa dia menceritakan kisah silamnya, biar ia datang dari kemahuan dan kerelaan dia.

-Sentiasa memohon petunjuk Allah dalam menuju ke gerbang bahagia. Dia yang mengetahui rahsia jodoh kita.

Ramai yang kerap kecewa letih-letih menaruh perasaan akhirnya kecundang jua. Sebenarnya bercinta dan berani meletak rasa sayang tu perlu juga deria rasa keenam. Bila sudah jatuh suka pada seserang itu kita perlu mengagak bahawa dia tu suka dan punya perasaan kepada kita atau tidak.

Uji dan tanyakan beberapa soalan bertanyakan tentang perasaannya terhadap kita. Andai jawapan menunjukkan ia benar-benar menyintai kita barulah mula semaikan perasaan cinta itu. Jangan pula kenal baru seminggu dua dah mula pasang angan-angan nak meminang, akhirnya kecewa kerana cinta tak dibalas.

Dari detik pertama perkenalan pun kita boleh rasa sidia punya perasaan atau tidak terhadap kita. Dari sinar pandangan matanya pasti tidak mampu menipu perasaan di hatinya. So, kasih suci nasihatkan agar kamu yang rasa sudah bertemu dengan yang terbaik segeralah memburu cintanya sebelum terlambat. Keyakinan diri amat penting dalam mencapai impian untuk memiliki gadis/
jejaka impian.

Tips Mengeratkan Hubungan Kasih Sayang



-Sesekali jadilah insan yang kelakar yang mudah diajak bergurau senda agar hubungan tidak hambar dan terlau serius. Hubungan tanpa gelak ketawa kadang kala mudah memberi mood bosan kepada pasangan dan diri anda sendiri.

-Penghargaan
Tidak salah sesekali melahirkan rasa sayang dengan memberi penghargaan kepada pasangan kita walau bukan pada tarikh-tarikh keramat seperti hari lahir atau sebagainya. pada hari biasa juga kita boleh memberikan sedikit hadiah kepada pasangan kita sebagai menghargai kasih sayang yang telah mereka berikan kepada kita selama ini.

-Kejutan
Sesekali lakukan kejutan buat pasangan. Pulang awal dan lakukan candle light dinner, atau berikan sejambak bunga, atau hadiahkan coklat kesukaannya atau apa saja kejutan yang memberikan 1001 kemanisan dalam hubungan kalian.

-Pemaaf
Jadilah insan yang pemaaf setiap masa . Maafkan setiap salah silap pasangan terutama kesilapan yang tidak mereka sedari agar perjalanan hubungan akan menjadi lancar dan indah tanpa benci dan dendam. Jadi pemaaf tidak salah dan tidak rugi kerana hari ini kita maafkan orang mungkin esok lusa orang dengan senang hati memaafkan kesilapan kita tanpa sebarang dendam

Tanda-Tanda Lelaki Merindui



Biasanya wanita akan mempamerkan riak apabila mereka merindui insan yang dicinta, tetapi lelaki juga merindu dan meluahkan rindu dendam  yang mereka pendam. Apakah tanda-tanda lelaki itu sedang merindu?

-Bila lelaki merindu mereka suka menghabiskan masa bersama anda

-Bila merindu dia mudah merasa cemburu walau kedudukannya sebagai buah hati anda tidak tergugat sebenarnya

-Bila merindu lelaki kadang kala mudah marah-marah kerana tidak sanggup menahan pedihnya merindu

-Bila merindu lelaki mudah berkecil hati dan menganggap diri mereka diabaikan sedangkan anda sedang sibuk dengan tugas seharian

-Bila merindu lelaki akan stalk semua gambar anda satu persatu walaupun gambar tu telah berulang kali mereka lihat

Sebenarnya lelaki dan wanita sama sahaja, bila hati antara keduanya telah bertaut pasti rasa sayang tidak dapat diluah dan rasa rindu tidak dapat dibendung bila berjauhan. Kebaikan apabila merindu ia akan menambahkanrasa sayang dan cinta di dalam hati antara keduanya. Pasangan juga akan menghargai tiap detik apabila bersama kerana ingin melepaskan rindu dendam yang terpendam di hati. Namun jika rindu yang tidak mampu dibendung dan mula membuahkan perasaan cemburu dan rasa cemas takut ditinggalkan ia akan memakan diri sendiri dan bahaya kepada sesuatu perhubungan itu.

Lelaki Yang Mampu Buat Wanita Jatuh Cinta



Ramai mengatakan sesetengah wanita yang lembut sifatnya dan ayu perwatakannya amat mudah untuk jatuh cinta. Mengapa? Adakah hati mereka mudah terusik atau mereka ini mudah didekati?

-Biasanya wanita amat mudah terpesona dan jatuh hati pada lelaki yang pandai berkomunikasi. Lelaki yang sweet talker ni amat disenangi wanita dan amat menghiburkan terutama wanita yang kebetulan di dalam kesepian atau kekecewaan. Maka jangan hairan dalam beberapa ketika saja wanita terus jatuh cinta kepada lelaki yang sebegini.

-Berwajah maskulin.
Wanita memang suka lelaki maskulin, tegas dan tegap. Jangan hairan kenapa wanita lebih tertarik kepada lelaki seperti awal ashaari atau jehan miskin(contoh) berbanding lelaki yang kacak dan putih.

-Giler-giler
Perangai giler-giler dan suka melawak amat disenangi oleh kaum wanita. Wanita lebih mudah tertarik kepada lelaki jenis sebegini. Jangan anggap mustahil memikat wanita yang cantik hanya kerana paras rupa kurang menarik. Wanita akan jatuh cinta kepada lelaki yang buat mereka rasa selesa bukan hanya pada paras rupa sahaja.

-Ambil berat
Berhati-hati jika kamu jenis yang prihatin dan tidak punya perasaan terhadap mereka. Wanita sangat mudah  merasa sayang kepada lelaki yang mengambil berat tentang diri mereka. Pada mereka jika lelaki itu amat mengambil berat tentang mereka bermakna lelaki itu punya perasaan terhadap mereka.

-Kesunyian
Faktor kesunyian juga memainkan peranan. Kadang kala kesunyian hati buat wanita mudah membuka ruang menerima lelaki yang suka mengisi kekosongan hati mereka .

-Kisah silam
Kisah silam yang memeritkan kadang kala jadi punca mengapa wanita mudah jatuh cinta lagi. Mereka ingin mencari kedamaian dan mengejar kebahagiaan. Mereka ingin segera melupakan kisah lalu yang memeritkan dalam hidup mereka.

-Kewangan
Faktor kewangan yang kukuh juga buat wanita yang tidak berapa baik mudah tertarik. Berhati-hati wahai lelaki di luar sana yang mempunyai kewangan yang kukuh kerana kamu mungkin mudah dipancing oleh wanita yang mungkin akan mengambil kesempatan atas kelebihan kamu itu.

-Faktor umur
Lelaki yang lebih berumur mudah buat wanita muda terpikat kerana wanita inginkan lebih perhatian. Lelaki berumur selalunya lebih sabar melayan kerenah wanita muda yang mudah merajuk dan merengek tak tentu pasal berbanding dengan lelaki muda.

Kenapa Wanita Lebih Setia Berbanding Lelaki



Lumrahnya begitu. Sifat kesetiaan sudah sebati ada dalam darah daging wanita. Biarpun hakikatnya wanita juga mampu melakukan kesilapan besar tetapi kaum Hawa adalah umat paling jarang menduakan pasangannya. Manakala lelaki sering menggunakan alasan hak kuota empat untuk tidak setia.

Hubungan utuh terjalin dengan adanya sebuah kesetiaan. Memang sukar mahu kekal setia di era teknologi yang membenarkan kita menjalinkan hubungan persahabatan di alam maya. Kadang-kadang Facebook, Twitter dan Instagram juga mampu memusnahkan bukan sahaja percintaan malah sebuah perkahwinan.

Berikut adalah fakta kenapa persoalan di atas?

-Wanita kurang berbohong berbanding lelaki. Wanita berkata benar setiap kali berdepan dengan persoalan-persoalan ‘cepumas’. Tetapi jika terkena lelaki, tidak tentu lagi jawapan yang diberikan ada kebenarannya. Senang cerita, dalam 10 patah perkataan, mungkin hanya sepatah yang betul.

-Perempuan menerima lelaki seadanya, tanpa menilai status atau darjat. Susah senang wanita sanggup harungi bersama demi cinta. Lelaki zaman ini pula lebih cenderung memilih pasangan berdarjat. Sanggup meninggalkan pasangan sebelumnya hanya kerana mengejar gadis yang lebih bagus berharta, berkedudukan atau popular.

-Ketika lelaki mengalami masalah, wanita sanggup menjadi pendengar setia. Sering memberi sokongan. Segala nasihat akan diberikan. Semua saranan bakal dibentangkan agar si buah hati menemui jalan penyelesaian.

-Memahami lelaki lebih di saat jatuh bangunnya dia. Wanita akan menghulurkan tangannya saat kehancuran pasangan. Takkan pernah terfikir meninggalkan pasangan walaupun lelaki itu tinggal sehelai sepinggang (mungkin ada yang kurang setuju, tetapi hakikatnya ramai yang sanggup susah bersama).

-Sifat keterbukaan tanpa ada selindung. Wanita berterus-terang mengenai segala hal. Tiada apa perlu disorokkan. Berbanding lelaki yang punya pelbagai lapisan dalam diri mereka. Malah lebih banyak berselindung dari berterus-terang.

-Menyimpan rahsia pasangannya dengan ketat. Segala rahsia diceritakan kepadanya pasti terkunci. Wanita tidak suka menjaja keaiban pasangannya. Mereka akan menyimpan segala rahsia walaupun setelah berpisah.

-Tidak penah meminta-minta wang ringgit daripada lelaki kerana wanita kini lebih berdikari. Lelaki pula suka mengambil kesempatan jika pasangan mereka lebih berduit. Terdapat juga kes di mana lelaki sanggup curang dengan isteri kerana tidak dimanjakan dengan wang.

-Wanita berkorban lebih terutama melibatkan pasangannya. Sanggup membatalkan temu janji penting demi menjaga buah hatinya yang sakit, atau apa-apa juga keperluan yang didambakan.

-Seandainya ada lelaki lebih kacak sekalipun memberikan perhatian dan nombor telefon, wanita lebih cenderung bercerita mengenai dirinya yang telah berpunya. Sebaliknya lelaki kalau mendapat perhatian wanita seksi, pasti mula mengaku solo.

cbox

Open Cbox