Ahad, 7 April 2013

Apple Dikatakan Sedang Menguji “Jam Tangan Pintar”


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, desas-desus mengenai jam tangan pintar daripada Apple bukanlah sesuatu yang baru, dan kini dilaporkan Apple sedang mengujinya secara dalaman, menggunakan rekabentuk kaca melengkung padanya.
iWatch
Ia dikatakan berkemungkinan menjalankan sistem operasi iOS. Tetapi bilakah ia akan dipasarkan ataupun diperkenalkan kepada umum masih tidak diketahui lagi.
Jam tangan pintar bukanlah sesuatu yang baru, dimana terdapat beberapa jam tangan dengan kebolehan mengintegrasikan ia dengan telefon pintar, dan memaparkan pelbagai informasi terus pada jam tangan.
Pengguna Apple sendiri ramai yang menggunakan iPod Nano dan juga watchbands dalam menggunakan ia sebagai jam tangan. Namun, dengan perubahan saiz iPod Nano yang diperkenalkan pada tahun 2012, ia tidak lagi boleh dilakukan sedemikian.
Jadi, sekiranya Apple memasarkan jam tangan pintar, adakah ia akan menjadi pilihan anda?

Planet Dipenuhi Berlian Ditemui

Sekumpulan ahli astronomi menemui sebuah planet dua kali lebih besar daripada Bumi dengan sebahagian besarnya adalah berlian, mengorbit bintang yang boleh dilihat dengan mata kasar.



Gambaran artis disiar Universiti Yale menunjukkan Planet ’55 Cancri e’

Planet berkenaan yang dipanggil ‘55 Cancri e’ mengorbit bintang seperti matahari dalam buruj Cancer. Ia bergerak terlalu pantas hingga tempoh setahun di sana hanya mengambil masa kira-kira 18 jam.

Penemuan oleh sepasukan penyelidik Amerika Syarikat-Perancis, garis pusatnya juga dua kali ganda daripada Bumi manakala jisimnya lapan kali lebih besar.

Itu bermakna kepadatannya sama seperti Bumi, walaupun ada planet berlian sebelum ini mempunyai kepadatan lebih tinggi.

Planet berlian juga berkeadaan amat panas dengan suhu permukaannya mencecah 1,648 Celsius.

“Permukaan planet ini diliputi grafit dan berlian berbanding air dan granit,” kata penyelidik Yale, Nikku Madhusudhan.
Penemuannya itu akan diterbitkan dalam jurnal Astrophysical Journal Letters.

Dalam kajian itu, Olivier Mousis dari Institut de Recherce en Astrophysique et Planetologie di Toulouse, Perancis, menganggarkan bahawa sekurang-kurangnya satu pertiga daripada jisim planet itu yang menyamai kira-kira tiga jisim Bumi, mengandungi berlian.

Penemuan berkenaan juga adalah yang pertama kali planet berlian dilihat mengelilingi bintang seperti matahari membolehkan kajian dijalankan dengan terperinci.

“Ini adalah gambaran pertama dunia batuan dengan asas kimia berbeza dari Bumi,” kata Madhusudhan.

Beliau juga berkata, penemuan planet yang kaya dengan karbon itu bermakna, planet berbatu yang jauh tidak lagi dianggap mempunyai persamaan dengan bumi dari segi juzuk kimia, keadaan dalaman, atmosfera atau biologinya.

Seorang ahli astronomi di Universiti Princeton, David Spergel juga berkata, adalah lebih mudah untuk mengenal pasti struktur asas dan sejarah sesuatu bintang jika jisim dan usianya diketahui.

“Planet adalah lebih kompleks. Planet lebih besar daripada Bumi kaya dengan berlian ini satu daripada contoh hasil penemuan yang bakal ditemui untuk kita memulakan penerokaan planet dekat dengan bintang,” kata Spergel. – Berita Harian Online

Motosikal Paling Panjang Di Dunia


                                    
Jangan ingat jambatan je ada terpanjang di dunia, motosikal pun ada..haha

Tengok gambar di atas, ianya merupakan motosikal yang dicipta oleh Colin Furze iaitu seorang tukang paip. Dikatakan motosikal itu mempunyai 25 tempat duduk. Beliau menghabiskan masa sebulan untuk mencipta motosikal itu.

Katanya, motorsikal itu boleh bergerak pada kelajuan 56.3 Km sejam.. wow, laju jugak ye.. tapi nampak macam susah je nak gerak!

Menurut rekod Guiness, motosikal terpanjang yang pernah direkodkan ialah 14 meter.


P/s : best ni..boleh bawak satu kampung bersiar-siar..haha

Misteri Villa Nabila Di Johor Bahru

Assalamualaikum, rasanya dah ramai yang tahu akan cerita ini, villa yang dikatakan menyeramkan di Johor Bahru, berhampiran dengan Danga Bay.. memang banyak kisah misteri tentang rumah ini. Mari lihat gambar-gambar yang diambil oleh blogger Amirez sekitar rumah ini.
Misteri villa Nabila Di Johor Bahru

Misteri villa Nabila Di Johor Bahru

Misteri villa Nabila Di Johor Bahru

Misteri villa Nabila Di Johor Bahru

Misteri villa Nabila Di Johor Bahru

Sebenarnya banyak kisah yang diceritakan orang mengenai kejadian di rumah ini, tetapi tak dapat nak dipastikan kesahihannya..antaranya

Versi 1 – Terdapat satu keluarga yang kaya yang hidup dengan bahagia kat villa ni. Ditakdirkan si ibu dan ayah meninggal dunia, lalu tinggallah anak diorang yang bernama Nabila bersama orang gajinya. Nabila bakal mewarisi segala harta ibu bapanya tapi dibunuh oleh orang gajinya lalu mayatnya disimen di satu kawasan rumah tersebut. Kisah ni paling lemah untuk kita percaya sebab tak dinyatakan atas sebab apa Nabila dibunuh dengan kejam oleh orang gajinya.

Versi 2 – Nabila mempunyai sebuah keluarga yang sangat kaya. Satu hari, banglonya dirompak dan semuanya dibunuh kejam. Banglo tersebut dibiarkan tanpa penghuni hingga tumbuh semak-samun.

Versi 3 – Keluarga Nabila telah dirompak. Nabila dirogol lalu dibunuh dengan kejam, kemudian mayatnya ditanam di dalam dinding rumah tersebut.

Versi 4 – Keluarga Nabila adalah keluarga yang bahagia pada asalnya. Tapi pada satu hari bapa Nabila mengamuk lalu menembak semua penghuni yang ada dalam rumah tersebut sebelum membunuh dirinya sendiri.

Pendek kata, keempat-empat versi cerita ni agak lemah tanpa ayat-ayat fakta yang dapat menyokong kesahihan kisah Villa Nabila. Kita baca pula versi yang seterusnya.
Versi 5 – Villa ni sebenarnya dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari Barat. Dikatakan sebelum membina villa tersebut, si suami berjanji untuk bagikan tanah tersebut dengan 6 orang adik-beradiknya yang berada di negara asalnya. Tapi bila si suami dah dapat tanah tu, dia mungkir janji lalu mengundang kemarahan adik-beradiknya yang lain. Kemudian, adik-beradiknya yang berasa marah mengutuskan dua orang sebagai wakil untuk berurusan dengan si suami tersebut. Entah apa yang berlaku, dua orang wakil tersebut berang lalu mengugut si suami untuk membahagikan tanah tersebut kepada yang lain selepas membunuh anaknya. Si suami tetap berkeras, lalu dua orang samseng tersebut membunuh isterinya pula namun si suami tetap dengan sifat tamaknya. Akhir sekali, si suami juga dibunuh. Villa tersebut dibiarkan tanpa penghuni sehingga 70 tahun lebih kurang.

Berdasarkan versi ke-5 ni adalah juga logiknya sikit. Menurut orang yang pernah ke jalan Strait View di mana lokasi villa ni berada, terdapat pintu gerbang yang tertulis Christine Palace yang terletak di kaki bukit tersebut. Menurut cerita seorang lagi ahli forum Cari, maknya pernah bagitau yang villa tu dah ada kat situ sejak tahun 60-an lagi. Villa tu sangatlah cantik pada masa tu. Kemudian sekitar tahun 80-an villa tersebut jadi tempat yang happening yang sering dikunjungi ramai orang berada termasuklah mat-mat salleh. Kemudian sekitar tahun 90-an villa tersebut mula kosong. Start dari situlah mulanya kisah-kisah misteri yang diceritakan orang dari mulut ke mulut. Biasalah, bila dah cerita tu mesti ada orang yang akan tambah gula sikit, garam sikit nak bagi cerita lagi best. Itu yang jadi macam-macam versi sekarang ni.

Versi 6 – Versi terakhir ni adalah versi yang boleh diterima akal. Menurut cerita, dahulunya villa tersebut dimiliki oleh seorang Dato’ berbangsa Cina. Tapi atas sebab-sebab tertentu status Dato’ beliau dilucutkan, kemudian dia tidak lagi menetap di villa tersebut. Villa tersebut hanyalah dijadikan sebagai tempat untuk bercuti atau beristirahat bersama keluarganya. Atas sebab tertentu juga dia sekeluarga tidak lagi menghiraukan villa tersebut. Cerita lanjut korang boleh baca kat forum Cari.


P/s: Memang banyak kisah misteri disebalik Villa Nabila di Johor Bahru ini, ini belum lagi termasuk dari cerita mulut ke mulut, rasanya lebih banyak misteri yang dapat diselongkar.. walaubagaimanapun, admin tak tahu cerita mana yang benar.. kalau korang ada apa-apa info pasal Villa Nabila ini bolehlah dikongsikan bersama kami..


cbox

Open Cbox