Sabtu, 6 April 2013

Kucing Comel




   





























 
























































































Misteri Terowong Di Sabah

                        

Bagi penduduk Sabah, mungkin anda pernah mendengar tentang misteri terowong Jepun di Kunak Sabah. Kunak yang mempunyai kira-kira 62,000 penduduk dan merupakan daerah yang kaya dengan sumber marin seperti udang, ikan, ikan bilis dan ketam sama ada yang bersumber dari laut atau yang diternak dalam sangkar.

Kunak juga adalah antara daerah pengeluar rumpai laut di Sabah dan pengeluar ikan keempat terbesar. Nama Kunak memang agak jarang disebut dan masih ramai orang luar belum mengenali Kunak sebagaimana mereka mengenali Tawau, Semporna, Lahad Datu dan Sandakan walaupun semua daerah berkenaan berada di Pantai Timur Sabah.

Mungkin disebabkan kurangnya promosi dari pihak yang berwajib meskipun di Kunak terdapat banyak lokasi menarik.

Lokasi Menarik Di Kunak, Sabah :

~ Kolam Lumpur (Mud Pool) di Ladang Binuang,
~ Air Terjun Di Hutan Simpan Madai Baturong
~ Gua Madai di Madai
~ Tasik Impian Di Mostyn
~ Kelab Golf di Mostyn
~ Tinggalan Terowong Jepun di Mostyn
~ Kawasan Tanaman Kelapa Sawit yang Tertua di Pulau Borneo (ditanam pada 1957)
~Telaga Tujuh di Pangi
~ Kolam Air Panas / Hot Spring di Sungang
~ Bahan Artifak di Tingkayu

Lokasi terowong ini terletak kira-kira 12 kilometer dari pekan Kunak di mana terowong tanah sepanjang 8 kilometer dengan 4 cabang yang terletak di Ladang Sime Darby dipercayai digunakan oleh tentera Jepun sebagai laluan rahsia untuk mengangkut serta menyimpan peralatan perang.
Kewujudan terowong Jepun ini dikatakan dibina pada zaman Perang Dunia Kedua dan masih terdapat beberapa tinggalan tentera Jepun di dalam terowong tersebut. Beberapa individu cuba memasuki kawasan tersebut dan ada yang mendakwa pernah menemui beberapa barangan peninggalan zaman perang antaranya gelas, sudu, dan ada juga yang mendakwa pernah menemui ”bekas landasan lokomotif” di dalam terowong berkenaan.

Terowong berkenaan dikatakan mampu dilalui oleh lori 10 tayar dan ditemui secara tidak sengaja pada tahun 1970-an oleh kaum Iban yang ditugas membersihkan kawasan hutan berkenaan. Mereka mengesan terowong berkenaan selepas melihat runtuhan sebahagian terowong bawah tanah itu.

Ada pihak yang mengandaikan bahawa terowong ini tembus hingga ke Laut Sulawesi. Namun,setakat ini tiada yang mampu menjelaskan di manakah penghujung terowong ini.Ada juga peneroka yang cuba memasuki terowong ini namun tidak mampu meneruskan perjalanan kerana kekurangan udara dan keadaan yang terlalu gelap.

Bahaya Telefon Bimbit Di Tempat Tidur

Bahaya Selipar Jepun


Assalamualaikaum dan selamat sejahtera, pasti ramai di antara kita yang selalu menggunakan selipar jepun atau disebut juga selipar sepit. Selipar ini diantara selipar yang popular yang di gunakan oleh rakyat Malaysia. Namun begitu selipar ini ternyata mempunyai beberapa perkara bahaya dan risiko bagi para penggunanya. Nak tahu apakah bahaya dan risiko menggunakan selipar jepun ini ?




1. Tidak Ada Penyokong
Bentuk selipar yang rata, tak mempunyai penyokong bagi tumit kaki dan lengkungan kaki pemakainya tersebut tidak baik bagi keselesaan dan kesihatan. Tapak kaki yang ideal adalah yang mempunyai penyokong bagi tumit dan lengkungan kaki.

2. Mengundang bakteria pada kaki
Jika anda menggunakan selipar ini sepanjang masa, di udara terbuka, perkara tersebut boleh menarik tidak kurang dari 15.000 bakteria untuk melekat di kaki anda. Dan perkara ini merugikan bagi keadaan kesihatan anda dan keluarga.

3. Bahaya ketika memandu
Elakkan memandu, baik itu dengan menggunkan motosikal atau kereta dengan memakai selipar ini Apalagi yang telah longgar dan nipis. Permukaannya yang rata boleh menyebabkan slip dan tergelincir, sangat membahayakan keselamatan anda. Pasti boleh mengundang kemalangan.

4. Sakit Punggung
Kerana tak adanya penyokong di lengkungan kaki dan tumit, maka memakai sandal sepit terlalu lama boleh menyebabkan timbulnya sakit pergelangan kaki dan sakit pinggul. Jika dibiarkan, maka dapat mendalami menjadi sakit punggung.


5. Arthritis Sakit Sendi
Jika anda terlalu lama memakai selipar jepun dengan kedudukan rata apabila berjalan, maka boleh menyebabkan timbulnya arthritis atau sakit sendi @ radang pada sendi.

## Sekadar pengetahuan bersama, yang no 3 tu mungkin selalu terjadi kepada orang ramai. Berhati-hatilah ye

Bahaya Makan MacDonald


Salam !

Beb, aku tak tahu lah kalau korang pernah tengok ke tak video ni kan. Aku tengok terkejut giler kot...camne nih, hati aku ni memang berbelah bahagi la nak makan McDonald's ni kan...cis cis cis...ni real ke weh ? tell me !!
makanan McDonalds tak mereput ???! setelah disimpan 4 tahun

  

video penuh di sini



Korang tengok video ni dengan teliti ok. Perempuan tu simpan burger, fries McDonalds yang tak dimakan lagi  selama 4 tahun. Setiap makanan tu kan mesti mereput kan ? Tapi supriseee ! Burger dan fries Mcdonalds tak mereput pun weh ! Gila aaa macam mana kalau benda yang kita makan tu tak mereput dalam perut ni. Apa yang jadi agaknya weh ? scary wehhh !

Cara Memanggil Langsuir

             
MENTERA UNTUK MEMANGGIL LANGSUIR | Sir Richard Olaf Winstedt (2 Ogos 1878 - 2 Jun 1966), atau juga dikenali sebagai R. O. Winstedt, merupakan pengkaji Timur Inggeris dan pentakbir koloni dengan kemahiran Malaya British. 

Winstedt dilahirkan di Oxford, mendapat pendidikan di Magdalen College School and New College, Oxford, dari mana dia menerima MA.

Pada 1902 dia menjadi kadet dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan Tanah Melayu, dan ditempatkan di negeri Perak di mana dia mempelajari bahasa dan budaya Melayu. 

Pada 1913 dia dilantik sebagai Pegawai Daerah di Kuala Pilah, dan pada 1916 menyertai jabatan pendidikan. Pada 1920 Winstedt menerima DLitt daripada Oxford.
   
Olaf Winstedt ada satu sifat buruk. Bila dia ditugaskan ke negeri-negeri FMS, dia tidak buat kerja yang ditugaskan tapi dia selongkar istana-istana Melayu and belajar pasal manuskrip-manuskrip lama.

Pada 1909 dia tulis dalam satu unpublished Journal by Asiatic Society, ILMU MEMANGGIL PUNTIANAK. Recorded from account of Dato' Amarabangsa Wiraja/Wijaya.. Seorang pawang yang amat ampuh zaman itu dari Temenggor.. Sometimes in 1850's.

#BOLEH CUBA KALAU BERANI...

Read this LOUD and CLEAR!


Kisah Doraemon


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, rasanya kebanyakkan dari kita yang lahir tahun 80/90-an mesti pernah menonton atau membaca komik doraemon ni kan? hehe, tapi mesti ramai yang tak tahu tentang info sebenar mengenai doraemon ni.. Mari baca ni 10 perkara mengenai doraemon yang tidak diketahui umum , dikongsikan dalam komik Kreko
                           
1. Apa maksud nama Doraemon?
- Nama Doraemon sebenarnya dicipta dari dua patah perkataan: Dora dan Emon. Dora adalah seperti kucing jalanan yang liar, manakala Emon pula adalah kata ganti untuk haiwan jantan bagi bahasa Jepun. Jadi maksud nama Doraemon adalah kucing jantan liar! Tapi adakah Dora the explorer bermaksud Si pengembara Kucing jalanan liar?

2. Tarikh Lahir Doraemon?
- Doraemon dilahirkan pada 3 September 2112 iaitu tarikh di mana Doraemon dihasilkan.

3. Doraemon Mempunyai Kod Pengeluaran?
- Ya! Doraemon memiliki kod pengeluaran iaitu MS-903. Ini adalah nama asli Doraemon sebagai robot dan dengan nama inilah ia dipanggil oleh pemilik kilang robot dimana ia dicipta!

4. Apa Warna Asal Doraemon?
- Warna cat asal Doraemon adalah kuning. setelah mendapat tahu telinga digigit tikus, Doraemon dengan mood sedih ala-ala feeling Ombak Rindu merasa tertekan dan menyelinap ke atas menara dan meminum air ramuan berlabel “kesedihan”. Ketika Doraemon menangis, warna kuningnya luntur dan suaranya berubah disebabkan ramuan itu.

5. Berapa Jumlah Alat Di Dalam Poket Doraemon?
- Terdapat lebih kurang 4500 alat telah dikeluarkan dari poket Doraemon, termasuklah yang paling terkenal iaitu Doko Demo Doa ( Pintu Ke Mana Saja), Tate Kopta (Alat Terbang Buluh) dan Time Machine (Mesin Masa).



6. Doraemon Mempunyai Nombor Ajaib?
- 1293!! Doraemon memiliki berat 129.3 kg (amboi beratnya, obesiti ke hapa nie?), dan tinggi 129.3 cm. Boleh berlari sehingga 129.3km/jam ketika dalam ketakutan disunat dan melompat setinggi 129.3cm ketika diancam bahaya. Lingkar pergelangan tangan berukuran 129.3mm, kaki berdiameter 129.3mm dan dicipta pada 3/9/2112.

7. Di mana butang On/Off Doraemon?
- Pada bahagian ekornya berbentuk bulat berwarna merah.

8. Kenapa Doraemon dan Dorami dikatakan adik beradik?
- Kerana kedua-duanya berasal dari tangki minyak yang sama, tetapi Doraemon dihasilkan dua tahun lebih awal.

9. Doraemon pernah bersekolah?
- Pernah, di sekolah yang namanya Sekolah Robot. Aku teka dia belajar menari ballet kat sekolah ni.

10. Bagaimana Prestasi Doraemon di Sekolah?
- Prestasi yang buruk sehingga tiada sesiapa yang berminat mengambil sebagai teman sehinggalah Sewaishi (cicit Nobita) sangat menyukai Doraemon dan menghantarnya kepada Nobita untuk menjaganya.

p/s: Industri animasi Malaysia pun dah banyak berkembang. Kalau dulu animasi 2D macam Sang Wira memang jauh dibanding dengan anime 2d Jepun macam Doraemon ni. Tapi sekarang, kehadiran bakat-bakat yang menghasilkan animasi makin bermutu, macam Upin Ipin, Bola Kampung dan banyak lagi memberi sinar baru bagi industri animasi ni. Sebagai rakyat Malaysia kita sepatutnya bangga dengan perkembangan dunia animasi Malaysia hari ni. Moga standard dan kualiti makin bertambah, setanding dengan animasi antarabangsa yang lain.

cbox

Open Cbox